Friday, October 19, 2007

1000,000 is the target for a bersih gathering and march!...

hoping to hit the of 100,000 people for a gathering who will then march to the palace fm merdeka square to submit a memorandum to the king for a massive electoral reformation...

this is the gelombang kuning which malaysia-today mentioned... (http://malaysia-today.net/blog2006/holds.php?itemid=9108)...

this gonna be huge!...

do come for it and for the exercise!... :) .. every little way helps in building a better, a fairer, a cleaner, a colour-blind and a real democratic malaysia, again!...







BERSIH: Perhimpunan 10 November akan dipenuhi dengan kuning
Oleh Faisal Mustaffa

KUALA LUMPUR 9 Nov - Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan tetap meneruskan perhimpunan aman mereka sungguhpun beberapa insiden buruk yang berlaku dalam perhimpunan sehingga membawa kepada kemalangan.

Perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya umum akan datang bersih, telus dan adil akan diadakan pada 10 November akan datang di Dataran Merdeka pada pukul 3 petang.

Pengumuman rasmi tersebut dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Induk BERSIH dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini yang dihadiri oleh YB Teresa Kok (DAP), Dr Zulkifli Ahmad (PAS), Sivarasa Rasiah (keADILan) dan Hj Anuar Tahir (Penggerak Demokrasi).

Pilihan raya awal

Dalam sidang media tersebut, Sivarasa menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan awal, iaitu seawal November kerana keadaan negara yang semakin terdesak.

“Insiden di Batu Burok pada 8 September, pendedahan rasuah dalam sistem kehakiman pada 19 September dan pendedahan laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan penyalahgunaan beratus juta ringgit wang rakyat menjadikan BN (Barisan Nasional) terdesak,” kata Sivarasa.

“Pengumuman untuk mengadakan pilihan raya lebih awal akan dibuat oleh Perdana Menteri bagi keluar daripada keadaan (terdesak) ini,” tambah Sivarasa lagi.

10 November bukan program ceramah

Menurut Dr Zulkifli, program yang akan dianjurkan oleh BERSIH pada 10 November ini bukan satu program ceramah seperti yang diadakan di Batu Burok.

“Pihak penganjur akan pastikan yang ianya satu perhimpunan yang aman dan diadakan dalam satu suasana yang meriah,” kata Dr Zulkifli.

Apabila ditanya mengenai permit polis, Dr Zulkifli menjawab bahawa pihak polis dan badan-badan hak asasi akan dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.

“Saya pasti rakyat yang hadir mempunyai objektif yang lebih jelas, iaitu mahukan pilihan raya yang bersih dan adil”, jelas Dr Zulkifli lagi.

Mengenai perhimpunan itu, Dr Zulkifli menasihati orang ramai berpakaian serba kuning sebagai simbol protes. Satu memorandum juga akan diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Bagina Yang di-Pertuan Agung di Istana Negara.

Dalam sidang media itu juga, BERSIH membandingkan dengan perhimpunan di Burma baru-baru ini di mana rakyat keluar untuk tuntut demokrasi selama dua minggu berturut-turut sehingga pihak junta melakukan keganasan bagi menghentikan perhimpunan.

No comments: